Wednesday, December 30, 2009

Katering
Ilham Jufri Enterprise menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai jenis keramaian; seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, kenduri-kendara, jamuan hari jadi, dan sebagainya. Kami juga sedia mengendalikan tempahan makanan dan minuman untuk kursus-kursus bagi jangka masa pendek dan panjang. Sebagai contoh; kami pernah menyediakan makanan dan minuman untuk Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan bagi peserta bekas angkatan tentera di Kolej Antarabangsa DMDI selama 3 bulan, dengan 4 kali makan sehari. Kami juga pernah menyediakan khidmat katering bagi Kursus Pengurus Kediaman yang dianjurkan oleh Syarikat Jay Jay Cahaya Enterprise dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita. Bayaran yang kami tawarkan juga berpatutan dan boleh dirunding.

Khemah / kanopi
Selain itu juga, Ilham Jufri Enterprise juga
menyediakan perkhidmatan sewaan khemah / kanopi bagi sebarang majlis keramaian anda. Bagi khemah berbentuk arabian, dikenakan sewa hanya RM 190. Manakala bagi khemah pengantin, hanya RM 380. Peralatan serta kelengkapan seperti kerusi, meja, kipas dan lampu turut disediakan. Warna kain meja dan skirting khemah adalah mengikut pilihan anda. Khidmat pelayan juga disediakan sekiranya diperlukan.


No comments:

Post a Comment